Tuesday, December 27, 2011

Selamat pagi, KOREA!

Korea adalah salah satu negara yang mempunyai daya tarikan pelancong yang sangat tinggi. Tambahan pula, Korea adalah negara empat musim yang mempunyai pesekitaran yang indah juga sesuai bagi sesiapa yang inginkan percutian yang berkualiti.

Kami pelajar malaysia yang sekarang sedang menuntut di salah satu universiti di korea ingin membantu siapa sahaja yang ingin melancong di korea dengan memperkenalkan pakej pelancongan yang berpatutan. Dengan erti kata lain kami mempunyai pakej-pakej yang murah bagi sesiapa sahaja yang ingin datang melancong ke bumi sonata yang indah ini. Dengan berbekalkan pengalaman dua tahun menetap di korea, kami merasakan kami dapat membantu pelancong malaysia yang ingin kesini.

Pakej kami lebih kepada kebebasan serta keselesaan(free and easy) pelancong itu sendiri. pihak kami akan membantu para pelancong perkara-perkara berikut:
  1. membantu anda dalam mencari makanan halal(bagi muslim)
  2. membantu anda dalam mencari penginapan yang selesa serta berpatutan.
  3. membantu anda melancong ke tempat yang menarik di korea.
  4. membantu anda membuat jadual yang sesuai dengan bajed serta masa anda.
Demi keselesaan anda, kami sedaya upaya memberikan pihak anda perkhidmatan yang terbaik.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami dengan segera.

Tel: +821063955711
      +821083292838

No comments:

Post a Comment